Pelawat ke Blog Homestay Seri Cempaka Melaka

Alhamdulillah tetamu yang mengunjungi blog homestay Seri Cempaka Melaka bertambah begitu mendadak dibandingkan dengan tahun 2012. Peningkatan ini merupakan hasil permasaran dan periklanan yang dilakukan oleh pengurusan.

Situasi ini sekaligus meningkatkan bilangan pengunjung ke homestay dan sekaligus memberi faedah kepada rakan-rakan yang bersama dalam Rangkaian Homestay Seri Cempaka Melaka.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas semua pelanggan kami dan sokongan saudara.

Kini kami mempelawa rakan-rakan yang ingin mengiklankan perniagaannya di blog dengan bilangan yang terkawal. Sesiapa yang berminat sila hubungi Affandy Ismail di talian 010 3342414 atau menerusi email homestaysericempaka@gmail.com

Sila lihat analisis dibawah :

kunjungan blog

Jom bersama kami. Kita riang riakan percutian dengan pakej pelancongan menarik kami. Anda pasti teruja dengan kami. Homestay dijamin selesa dan bersih.

Ayoh !hubungi 01033452414 Affandy Ismail

zoo-melaka

Monorail

mrc_malam01

mrc_malam05

Melaka Duck Tours bersama Homestay Seri Cempaka, Melaka 010 3342414

Homestay menawarkan pakej terkini kepada tetamu homestay Seri Cempaka, Melaka.

wildlife0

zoo-melaka

images

taman buaya8

taman buayaMelaka Wonderland-4

 

 

 

By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar

Masjid Selat Melaka

Latar Belakang

Masjid Selat Melaka yang telah dibina di tengah-tengah pusat perniagaan bandar hilir bertempat di lokasi strategik Pulau Melaka berhadapan dengan laut Selat Melaka adalah mercu tanda baru di negeri ini.  Idea pembinaan Masjid ini telah diilhamkan oleh Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Masjid ini dinamakan  Masjid Selat Melaka kerana telah dibina diatas pulau buatan yang berada di Selat Melaka yang mana merupakan Selat terpanjang dan tersibuk di dunia.  Keluasan Masjid ini 1.8 hektar persegi..  Masjid ini mula dibina pada bulan julai tahun 2003 dan telah siap dan digunakan pada 29 ogos 2006.  Masjid Selat Melaka ini telah dirasmikan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agung ke XII iaitu Tunku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail pada 24 Nov 2006M bersamaan 3 Zulkaedah 1427H.

Masjid ini bercirikan seni bina Melayu dan campuran Arab dan Melayu.  Konsep ini jelas dapat dilihat pada binaan kubah,binaan Muqarnas dan bumbung menara di sekeliling masjid.  Masjid dibina atas permukaan air laut ini mempunyai persiaran kaki lima yang luas boleh berada di bahagian tepi dan belakang masjid. Pembangunan Landskap di hadapan masjid memberikan ketenangan kepada pengunjungnya.

Ruang solat boleh menampung seramai 1500 orang jemaah. Terdapat sebuah menara berdiri setinggi 30 meter di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat Melaka.  Terletak di atas menara ini adalah lampu amaran peringatan bagi kapal terbang yang lalu di atasnya dan berfungsi juga sebagai rumah api bagi perahu nelayan yang berada di persisiran pantai.

Keutamaan Lawatan :

Wajar untuk dilawati. Rasai kelainan sewaktu solat di masjid ini. Pemandangan yang menarik di hadapan selat yang paling sibuk di dunia iaitu Selat Melaka.

Lokasi :

Lokasi Homestay Seri Cempaka Melaka ke Masjid Selat hanya 7.9 km

laluan ke masjid selat

Gambar Masjid Selat Melaka

masjid selat masjid selat2 masjid selat3 masjid selat4 masjid selat5

By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar

Pusat Perkampungan Hang Tuah

Pusat Perkampungan Hang Tuah terletak di Kampung Duyung.  Ini merupakan pusat pelancongan terbaru. Rekabentuknya menarik bercirikan rumah Melayu Melaka lama. Perkampungan ini terdapat 1 bangunan utama dan 5 buah rumah iaitu rumah Hang Tuah…, Hang Jebat,Hang Kesturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir. Di bangunan utamanya terdapatnya muzium mempaparkan kaedah teknologi terkini.
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM3.00
Masa Lawatan : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg.
Pameran :
Di perkampungan ini terdapat rumah lima Pahlawan. Rumah 5 Pahlawan ini mengandungi lima buah rumah pahlawan Melayu yang mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir yang pernah berkhidmat ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka. Memaparkan senibina Melayu yang unggul dan unik dengan kehalusan teknik dan interpretasi menerusi gaya yang penuh simbolik. Setiap rumah dilengkapi dengan gelangang silat bagi membolehkan aktiviti dijalankan seperti latihan silat, kebudayaan dan sebagainya.
Anda pasti teruja dengan mengunjungi Pusat Hang Tuah ini.Pelbagai pameran dipaparkan pensenjataan, pakaian Zaman Kesultanan Melaka.
Lokasi : Di Kampung Duyung berdekatan dengan Perigi Hang Tuah. Jarak dengan Homestay hanya 7.1km
Minat ?
Hubungi 0103342414 Affandi Ismail http:/bajethomestay.wordpress.com
Gambar :
Peta Hang Tuah1 hang tuan_03 hang tuan_04 hang tuan_05 hang tuan_06 hang tuan_07 hang tuan_08 hang tuan_09 hang tuan_10
By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar

Monorail Melaka

MonorailLATAR BELAKANG :

Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandaraya Melaka, Melaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008.

Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa.

PERTANYAAN :

Untuk tempahan homestay sila hubungi Affandy Bin Ismail 010-3342414

HARGA TIKET :

Dewasa : RM 10.00

Kanak : RM5.00

LOKASI :

Lokasi Homestay ke Stesen Monorel Melaka hanya 2 km dengan hanya mengambil masa perjalanan 5-10 minit.

Lokasi Monorail Melaka

Lokasi Monorail Melaka

By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar

Perigi Hang Tuah

Latar Belakang :

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 – 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Berhampiran perigi ini terdapat Masjid Lama Kampung Duyung. Disamping itu, terdapat rumah tradisional Melayu yang boleh dilawati dengan bayaran hanya RM1.00 Di rumah ini juga dipamerkan barang-barang antik dan peralatan rumah melayu tradisional.

Bayaran Masuk :

Perigi Hang Tuah : Percuma

Rumah Tradional Melaka : RM 1.00

Lokasi :

Sekiranya anda mencari penginapan sila hubungi 01013342414 Affandi Ismail

Gambar :

By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar

Perkampungan Ikan Bakar Terapung

Perkampungan Ikan Bakar Terapung atau juga dikenali sebagai PIBT merupakan salahsuatu destinasi popular yang merupakan sub-sektor pelancongan makanan di negeri Melaka. Perkampungan ini dikatakan boleh mencapai maksimum 2,000 orang pengunjung. Pemandangan panorama indah mengadap laut terutama waktu pagi dan senja pastinya akan mengamit kedatangan pengunjung. PIBT mempunyai pelbagai kemudahan yang selesa seperti surau, pentas terbuka, menara peninjau dan ‘boardwalk’ paya bakau.

Perkampungan Ikan Bakar Terapung ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan  Pemenang Anugerah Restoran Melayu Terbaik Negeri Melaka, Permis Terbersih Kategori A Sijil Asas Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang lebih hebat lagi PIBT pernah mencatat rekod dalam ‘The Malaysian Book Of Records’ bagi acara Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia iaitu 377 meter dan di lokasi PIBT ini juga berjaya dalam Cabaran Memuatkan Orang Dalam Sebuah Kereta Kancil 26 orang dewasa.

Lokasi :

Jarak di antara Homestay Seri Cempaka, Melaka ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka hanya 14.7 km.

Hubungi :

Untuk tempahan homestay sila hubungi 0103342414 Affandi Ismail

Gambar :

Melaka Wildlife Theatre

Melaka Wildlife Theatre merupakan satu lagi pusat pelancongan yang baru dan menarik. Statusnya kami meletakkan dalam kategori mesti dilawati.

Melaka Wildlefe Theatre mempersembahkan singa laut yang comel dan bijak, burung yang berwarna-warni, reptilia yang licik dan tarian tradisional dari Hutan Hujan Tropika Borneo yang penuh semangat dan bertenaga.. Anda dan keluarga akan teruja apabila mengunjunginya.

Di sini… ia… di sini anda akan berkenalan dengan Singa Laut Amerika Selatan yang pintar dan bijak, yang pasti akan mempersona serta menambat hati anda dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan menarik.

Anda akan terpersona dengan rakan hidupan liar dan jenis reptilia yang pasti memberi kejutan kepada anda!

Keindahan budaya asli suku kaum Borneo juga akan memeriahkan lagi pengalaman anda di Wildlife Theatre Melaka. Saksikan tarian Pahlawan Borneo yang mebawa irama dari hutan yang kaya dengan kebudayaan Malaysia Timur yang unik.

Melaka Wild Theatre merupakan gabungan pengalaman dalam memberi pendidikan terhadap hidupan liar. Menerusi kunjungan ini anda bukan sahaja mendapat melihat kebijaksanaan binatang dan persembahan kebudayaan malahan dapat mendidik generasi baru untuk mencintai alam sekitar dan penukiharaan hidupan liar. Ini memberi input tambah kepada pengetahuan anda sekeluarga.

Waktu Persembahan :

Pagi : 10.30 pagi

Petang : 3.00 petang

Selasa hingga Ahad*

(Tutup hari Isnin kecuali cuti umum dan cuti persekolahan)

Tiket :

Hari Biasa    |      Hujug Minggu/Cuti Umum/Cuti Sekolah

Dewasa :              RM 15.00      |      RM 20.00

Kanak-kanak :    RM 10.00     |      RM 15.00

Diskaun :

Bersama Homestay Seri Cempaka Melaka anda menikmati diskaun harga 20%. Sila sertakan pamplet yang disahkan oleh homestay kami dan baucher diskaun.

Gambar :

This slideshow requires JavaScript.

Pertanyaan :

Untuk pertanyaan sila hubungi 010-3342414 Affandi Bin Ismail untuk tempahan. atau  layari https://bajethomestay.wordpress.com atau Melaka Wildlife Theatre

Lokasi :

By Homestay Seri Cempaka Melaka Posted in Gambar