Melaka Duck Tours

Melaka Duck Tours merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang wajar dikunjungi. Pengalaman ini amat menarik. Anda akan dapat menaiki kenderaan yang boleh melalui jalan darat dan laut. Pengembaraan  ini merupakan yang pertama di Malaysia

Pengembaraan Melaka Duck Tours merupakan pengembaraan darat dan laut yang pertama di Malaysia. Hebat kan! Jangan lepaskan pengalaman yang amat menyeronokan. Pengembaraan ini dilakukan melalui kenderaan amfibia yang melalui jalan di darat dan laut. Anda akan keteruja dengan pengalaman ini. Anda boleh melihat persekitaran Melaka dari darat dan laut.

Bila masanya beroperasi ?

Melaka Duck Tours beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Bagi menjamin keselesaan anda setiap tiket diberi no tempat duduk.

Bagaimana ingin mendapatkan tiket atau tempahan ?

Sebagai tetamu Homestay Seri Cempaka, Melaka anda boleh membuat tempahan melalui kami ditalian 010 334 24 14 Affandi Bin Ismail atau terus ke talian  Melaka Duck Tours di talian 06 292 25 95 atau 06 292 55 95. Anda dinasihatkan berada setengah jam lebih awal sebelum waktu bertolak. Tempahan membolehkan anda tidak perlu masa yang panjang untuk menunggu terutama cuti sekolah dan cuti umum.

Harga Tiket ?

1. Dewasa : RM 38

2. Kanak-kanak (4 -12 tahun ) : RM 22

3. Kanak-kanak (13 -18 tahun ) : RM 27

4. Warga Emas : RM 27

Sebagai tetamu Homestay Seri Cempaka anda layak mendapat DISKAUN menarik. Sila hubungi 010 334 24 14 Affandi Ismail untuk keterangan diskaun.

Tempoh masa perjalanan ?

Pengembaraan ini akan mengambil masa 45 minit sehingga 1 jam. Pegembaraan ini bermula dan tamat berhampiran Menara Taming Sari, Melaka.

Jarak homestay dengan Melaka Duck Tours ?

Jarak anatara Homestay Seri Cempaka, Melaka dengan Melaka Duck Tours, Bandar Hilir hanya 4.5 km. Masa perjalanan hanya 10 minit namun bergatung pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan iaitu sewaktu puncak pelancong mengunjungi Melaka.

Di mana lokasinya ?

Koleksi Gambar Melaka Duck Tours

This slideshow requires JavaScript.

Hospital Melaka

Sebagai sebuah negeri yang telah diistihar sebagai negeri maju pada tahun 2010 pada 10.10.2010 pada jam 20:10 merupakan suatu usaha kerajaan negeri untuk membawa Melaka jauh kehadapan.

Sebagai negeri yang bersaiz 1650 kilometer persegi pastinya akan berusaha memastikan negeri Melaka mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai dari pelbagai sektor. Kepelbagai sektor ini, pastinya akan memberi kepelbagai cita rasa yang mampu mengamit kehadiran pelancong luar.

Strategi yang komprehesif perlu dilakukan agar usaha menarik pelancong bukan sahaja dari aspek riadah sahaja, malahan tarikan ini juga dilakukan dalam bidang perubatan. Maka tidak hairan ramai mengunjung hospital swasta kita datang dari negara jiran. Kenaikan taraf lapanganterbang Batu Berendam menarik lagi kehadiran pelancong perubatan ke Melaka.
*****
Lokasi Homestay Seri Cempaka, Melaka ditengah lokasi lingkaran jalan utama Melaka dan lokasi dalam capaian 5 km boleh mencapai semua hospital swasta termasuk Hospital Besar Melaka menyebabkan Homestay Seri Cempaka dijadikan pilihan pada mereka yang ingin menziarahi keluarga di hospital. Misalnya homestay kami pernah disewa lebih dua minggu bagi urusan tersebut.

Pada 3 Oktober 2012 sekali lagi kami mendapat tempahan bagi tujuan yang sama. Namun kali ini, mereka menziarahi dan bertugas secara bergilir menjaga ibu mereka yang dimasukkan ke PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (MELAKA) ,169, JALAN BENDAHARA,75100 MELAKA.

Lokasi:

Saluran Komunikasi :
Homestay Seri Cempaka, Melaka
No 27 Jalan Cempaka 3,
Taman Seri Cempaka,
75400 Melaka
h/p : 0103342414 – Affandi Bin Ismail

PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (MELAKA) SDN BHD
169, JALAN BENDAHARA,
75100 MELAKA
Tel: +606 283 5888 Fax: +606 281 0518
Website : http://www.psh-group.com

Image

Melaka River Cruise

Melaka River Crusie

Latar Belakang :
Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Intro Pelancongan :
Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”. Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.

Sejarah Sungai Melaka :
Sungai Melaka mencatatkan pelbagai sejarah yang pernah suatu ketika menjadi salah satu sisitem pengankutan utama. Sungai Melaka dikatakan begitu sibuk menjadi laluan utama membawa hasil pertanian,hasil hutan , perniagaan dan hasil galian. Justeru itu, tidak hairan kita mendapati sehingga kini terdapat banyak rumah lama yang berada di sepanjang sungai Melaka. Hal ini terbukti di Kampung Morten, Kampung Pangkalan Rama serta deretan kedai dan gudang di muara Sungai Melaka.

Melaka River Cruise :
Di atas keunikan Sungai Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menaik taraf Sungai Melaka. Perancangan yang komprehensif dan berterusan menghasilkan suatu likaran baru dalam ketamadunan dan kemajuan Melaka. Sungai Melaka kini telah dikenali ramai. Sehingga tanpa menelurusi Sungai Melaka bermakna kunjungan ke Melaka tidak lengkap.Melaka terus mengungguli dunia pelancongan dunia.

Pelbagai acara dirancang oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka bagi menyemarakkan aktiviti di Sungai Melaka.

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Pandangan :
Homestay Seri Cempaka, Melaka seringkali membuat promosi kepada tetamunya agar menaiki Melaka River Cruise. Anda boleh menelurusi Sungai Melaka pada waktu siang dan malam. Pastinya gambaran yang diperlihatkan pada siang dan malam amat berbeza. Lebih bermakna lagi jika anda mengunjungi pada waktu siang dan malam. Kami yakin kenangan ini akan menjadi suatu kenangan yang manis untuk anda sekeluarga.

Anda layak mendapat diskaun 20 % untuk menaiki Melaka River Cruise apabila anda menginap di Homestay Seri Cempaka, Melaka.

Gambar lama dan baru Sungai Melaka :

This slideshow requires JavaScript.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Affandi Bin Ismail
Homestay Seri Cempaka
No 27, Jalan Cempaka 3
Taman Seri Cempaka
Tel : 010-334 24 14
Email : homestaysericempaka@gmail.com
Website : http://bajethomestay.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/homestaysericempaka

Melaka River Cruise

Taman Buaya Melaka

Taman buaya Melaka terletak di Ayer Keroh Melaka.

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.
Terdapat juga satu bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Walaupun lebah secara amnya tidak akan mengganggu manusia, pengunjung di nasihatkan supaya berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut.
Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5′ dan 2.5′.

Petunjukan :
Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Bayaran Masuk :
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 7.00 petang

Homestay Seri Cempaka menawarkan pakej istimewa dengan 20% diskaun untuk masuk ke Taman Buaya, Ayer Keroh

>>>Tawaran promosi bersama Taman Buaya telah tamat.


This slideshow requires JavaScript.

Lokasi

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Update 18.4.2014 :

Salam.. buat masa ini Melaka Wonderland telah menamatkan pemberian baucher diskaun sehingga dimaklumkan.

Harap maklum

 

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Anda pastinya tercari-cari destinasi pelancongan yang akan menjadi tempat anda sekeluarga beriadah. Melaka merupakan pilihan terbaik. Di sini anda dapat mengunjungi pelbagai tempat pelancongan yang menarik. Jika anda suka mandi manda di kolam. Melaka Wonderland Theme Park & Resort merupakan pilihan terbaik.

Harga tiket masuk hujung minggu dan cuti sekolah sebelum diskaun :
Dewasa : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 25.00
Warga Emas 55 tahun ke atas : RM 15.00
Kanak-kanak Tinggi bawah 3 kaki (90cm) : Masuk percuma

Anda layak mendapat diskaun 20% apabila menginap di Homestay Seri Cempaka,Melaka di bawah pakej ” Bajet Homestay “.
Tawaran dalam temph masa yang terhad.

Jika anda berminat sila hubungi 010-3342414 Affandi Bin Ismail

Waktu Operasi :

Melaka Wonderland Theme Park ditutup setiap hari Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Our theme park will be closed every Monday (except during school & public holidays).
Selasa hingga Jumaat
11.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu hingga Ahad termasuk Cuti Sekolah dan Cuti Awam
Saturdays to Sundays including School Holidays & Public Holidays

9.00 pagi hingga  7.00 petang

Lokasi :

25 Mei 2012

Muzium Kapal Selam

Satu lagi pusat tarikan di Melaka.

Jaraknya dengan Melaka Sentral atau Homestay Seri Cempaka hanya 5 km.

MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter

Jarak : Jarak homestay ke tempat pameran Kapal Selam hanya 9 km